Selamat Datang

Komuniti Hijau Online!
Thanks For Visiting... Enjoy Your Stay!

search

MASUK
  • Selamat Tahun Baru 2015

    Esok adalah misteri,hanya harapan yang akan tetap hidup menerangi gelapnya misteri. Jangan berhenti berharap meskipun tahun telah berganti karena itulah yang tetap membuat kita tetap tersenyum. Selamat Tahun Baru 2015.

  • Title 2

    Description 2

  • Title 3

    Description 3

  • Title 4

    Description 4

  • Title 5

    Description 5

  • Title 6

    Description 6

  • Title 7

    Description 7

Thursday, May 5, 2011

1 Misteri Alam: Bukit Pasir yang Berombak


          Fenomena alam The Wave telah menjadi tarikan yang popular di daerah Coyote Buttes yang terletak di Paria Canyon-Vermillion Cliffs Wilderness di sempadan Utah-Arizona. The Wave adalah sebuah terowong atau laluan multi-warna yang berjalur seperti ombak yang telah dipotong menjadi sebuah gunung batu pasir. Kecantikan dan keindahannya membuatkan ia satu destinasi yang hebat bagi para pendaki gunung.



          Corak berombak yang terdapat pada gunung pasir ini adalah sangat menarik. Ia terhasil daripada hakisan batu pasir yang membentuk pelbagai bentuk dan corak. Waktu yang sesuai untuk mendaki adalah dalam musim bunga dan musim luruh. Suhu pada musim panas adalah tinggi, yang kadangkala boleh mencecah 100 F. Waktu malamnya amat sejuk, tetapi waktu siang suhunya adalah sederhana. Pendakian yang selesa boleh dilakukan pada waktu siang dalam musim sejuk.


         Batu-batu pasir di The Wave sangat lembut dan mudah rapuh. Oleh kerana itu, seseorang perlu berjalan dengan berhati-hati melaluinya supaya tidak mematahkan permukaan yang kecil. Waktu yang sesuai untuk mengambil gambar ialah sekitar waktu tengahari kerana waktu tersebut, matahari betul-betul berada di atas kepala dan tiada bayang yang akan terbentuk. Penggambaran juga boleh dibuat pada waktu awal pagi dan waktu petang kerana waktu-waktu ini suasana dan pemandangan The Wave lebih dramatik.


          Pada waktu selepas hujan, beberapa kolam-kolam kecil akan terbentuk. Beratus-ratus berudu dan udang-udang kecil boleh hidup dalam kolam-kolam tersebut. Kolam-kolam ini boleh bertahan selama untuk beberapa hari sahaja.


          Bukan mudah untuk menemui The Wave. Dalam usaha mengekalkan keindahan semulajadi kawasan itu, tiada laluan yang khas untuk ke sana. Para pendaki yang hendak ke sana perlu mengggunakan Global Positioning System (GPS) atau penanda semulajadi yang juga dikenali sebagai 'The Black Crack' di mana ia boleh dilihat dengan jelas di sekitar kawasan Coyote Buttes.

Tuesday, February 1, 2011

1 Renungan: Berjual Beli dengan Malaikat

       Suatu masa ketika Ali r.a. pulang ke rumah, beliau terus ke dapur dan bertanya kepada Fatimah r.a. makanan apakah yang telah disediakan untuknya. Jawab Fatimah, "Wahai sumamiku, aku tidak mempunyai apa pun untuk dihidangkan, tetapi aku hanya memiliki wang 6 dirham yang aku simpankan untuk membeli makanan Hassan dan Hussin.". Ali pun meminta wang tersebut untuk membeli makanan anaknya. Dalam perjalanan ke kedai, beliau terserempak dengan seorang lelaki yang berkata, "Siapa yang hendak meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik." Mendengarkan perkataan itu, Ali terus memberikan wangnya lalu pulang ke rumah.

Photobucket

       Apa yang berlaku di pasar sebentar tadi diceritakan kepada Fatimah yang mendengarnya dengan reda sungguhpun mereka sendiri sedang kelaparan. Setelah itu, Ali pun keluar untuk ke rumah Rasulullah. Di pertengahan jalan, beliau telah disapa oleh seorang lelaki yang disisinya terdapat seekor unta, "Wahai Ali, belilah unta ini." Kerana menyedari Ali tidak memiliki apa-apa, lelaki tersebut berkata, "Engkau ambillah dahulu unta ini dengan harga 100 dirham dan wangnya engkau serahlah kemudian." Setelah membelinya, tiba-tiba datang pula seorang lelaki lain lalu menyapa, "Wahai Ali, engkau juallah unta itu kepadaku." Jawab Ali, "Ya! Memang aku mahu menjualnya dengan harga 300 dirham."

Photobucket

       Lelaki itu pun bersetuju lalu dibayarnya secara tunai. Selepas itu barulah Ali pergi berjumpa dengan Rasulullah. Kata Rasulullah, "Tahukah kamu siapakah yang menjual dan membeli unta kamu itu?" Jawab Ali, "Allah dan RasulNya lebih mengetahui." Kata Rasulullah, "Wahai Ali! Kamu sungguh beruntung, pinjaman kamu kepada Allah cuma 6 dirham, tetapi Allah membalasnya dengan 300 dirham. Lelaki yang menjual unta tadi adalah Jibril a.s. dan lelaki yang membelinya pula adalah Israfil a.s."

Saturday, December 25, 2010

2 Misteri Alam: Tangisan Bukit Coklat!

The Chocolate Hills - Deretan Bukit Coklat yang terbentang seluas mata memandang. Bagi penggemar coklat pasti mengimpikan untuk membina sebuah rumah di kaki bukit ini kerana di samping pemandangan yang mengasyikkan, mereka tidak perlu bersusah payah untuk pergi ke kedai semata-mata untuk membeli coklat berjenama kesukaan mereka dengan berbelanja dengan jumlah wang yang banyak.

Bukit Coklat - Bagaikan sebuah lukisan khayalan. Tapi di mana coklat?

       Deretan bukit-bukau ini adalah salah satu pembentukan geologi yang luar biasa yang boleh ditemui di Bohol, di tengah-tengah kepulauan Visaya, Filipina. Terdapat 1,776 bukit-bukau seperti ini yang terdapat di kawasan seluas kira-kira 50 kilometer persegi. Tingginya pula boleh mencecah dari 30 hingga 120 meter. Bagi penggemar coklat yang bercita-cita hendak ke sini, anda pasti kecewa kerana walaupun bukit-bukau ini dinamakan Chocolate Hills, namun tiada sebarang coklat ditemui di sini hatta tanaman coklat sekalipun!


Terdapat 1,776 bukit seperti ini yang terdiri daripada pelbagai saiz dan ketinggian.

       Bukit Coklat mendapat namanya kerana bukit-bukau ini yang dihampari rumput akan mati pada musim panas atau kemarau. Ini menyebabkan rumput-rumput yang menghijau bertukar menjadi warna coklat kehitaman. Ahli-ahli geologi percaya fenomena semulajadi tentang pembentukan bukit-bukau ini terjadi disebabkan oleh pembentukan batu kapur oleh agen hakisan angin dan air.

Lagenda Bukit Coklat:

       Terdapat dua versi lagenda Bukit Coklat. Pertama, pada suatu ketika dahulu, terdapat dua orang gergasi yang bermusuhan. Mereka bergaduh dengan membaling pelbagai benda termasuk batu-batu besar, batu tongkol, dan pasir. Pergaduhan berlarutan berhari-hari lamanya. Sehinggalah pada suatu hari mereka berdua berhenti kerana kepenatan. Waktu-waktu berehat ini menyebabkan mereka lupa tentang permusuhan antara mereka berdua lalu berdamai. Kedua-duanya mengembara ke tempat lain, tetapi mereka lupa untuk membersihkan kembali tempat mereka berdua berperang. Tempat itulah Bukit Coklat.

       Lagenda kedua pula lebih romantik dimana ia menyatakan suatu ketika dahulu, ada seorang gergasi bernama Arogo yang mempunyai kuasa yang sangat hebat. Arogo jatuh cinta kepada seorang manusia biasa bernama Aloya. Takdir penentu segalanya. Yang hidup pasti akan mati. Kematian Aloya menyebabkan Arogo terseksa dan dirundung kesedihan. Kesedihan itu membuatkan dia tidak henti-henti menangis. Apabila air matanya kering, Bukit Coklat pun terbentuk!

2 Misteri Alam: Hell's Gate.. Neraka Dunia?

Penduduk tempatan menggelarnya Hell's Door atau Hell's Gate (Pintu Neraka).
Pengkaji alam sekitar pula menggelarnya Zon Bencana Ekologi Kekal.

       Hell's Door terletak berhampiran sebuah kampung yang diberi nama Darwaza (juga dieja Derweze) di tengah-tengah padang pasir Karakum, Turkmenistan. Apa yang menyebabkannya dipanggil sebagai Zone Bencana Ekologi?


Hell's Door - Adakah ia pintu ke neraka?

       Pada tahun 1971, semasa Turkmenistan adalah sebuah republik di bawah naungan Soviet Union, sebuah syarikat tenaga negara berkenaan telah menggali sebuah tempat di Darwaza untuk mencari sumber gas asli. Semasa menggali, mereka tidak menyedari telah menggali berhampiran sebuah gua bawah tanah yang penuh dengan sumber gas asli. Bagaimanapun, secara tiba-tiba tanah di bawah gua itu telah runtuh disebabkan oleh proses penggalian yang dilakukan dan tekanan yang dilepaskan oleh gas asli menghentam dinding-dinding gua tersebut.


Proses penggalian dan tekanan gas, punca runtuhan gua bawah tanah.

       Pekerja-pekerja di tapak penggalian berasa amat terkejut dengan kejadian runtuhan tanah di kawasan itu. Adalah tidak diketahui sama ada ahli-ahli geologi di Darwaza tahu akan kewujudan gua bawah tanah tersebut. Akibat kejadian itu, gas-gas asli telah meresap bebas keluar dan sekaligus mencemar udara dan atmosfera bumi. Dengan alasan menyelamatkan ekosistem atmosfera bumi yang terancam, ahli-ahli geologi telah mengambil tindakan yang amat drastik iaitu dengan membakar gua gas asli tersebut. Tempat itu terbakar sehinggalah sekarang.



Hell's Door terbakar sehingga sekarang.

       Pembakaran di kawah terbesar bawah tanah ini telah mencipta satu pemandangan yang menakjubkan terutama sekali pada waktu malam. Sinaran kemerah-merahan pada waktu malam daripada api Hell's Door boleh dilihat sejauh 40 km. Lebar Hell's Door adalah kira-kira 75 meter. Kehangatan bara apinya menyebabkan sukar untuk berdiri lebih dekat dalam tempoh yang lama. Tambahan pula, gas yang terbebas adalah bertoksik.


Hell's Door - Menggamit pemandangan indah pada waktu malam.
Awas! Gas asli adalah bertoksik.

Saturday, December 18, 2010

0 Renungan: Asal Api

Photobucket

       Daripada sebuah hadis ada diceritakan, Allah s.w.t. telah menghantar malaikat Jibril untuk bertemu dengan malaikat Malik untuk mengambil api daripadanya bagi kegunaan Adam untuk memasak. Malaikat Malik pun bertanya, "Wahai Jibril! Berapa banyakkah yang kamu mahu?" Jibril menjawab, "Sebesar buah tamar". Malik berkata, "Tahukah kamu, sekiranya aku memberikan kamu api neraka sebesar yang kamu minta, pasti akan hancur lebur 7 petala langit dan bumi kerana kepanasannya." Jibril lalu berkata, "Kalau begitu, berikan aku separuh buah tamar."

       Malik menjawab, "Jika separuh daripadanya, nescaya langit tidak dapat menurunkan hujan walau setitik pun ke bumi dan segala tanaman akan musnah." Malaikat Jibril lalu meminta pertolongan kepada Allah untuk mengetahui berapakah jumlah kandungan yang betul api yang harus dimintanya. Allah berfirman, "Ambillah sebesar biji sawi."

Photobucket

       Lalu pergilah Jibril menemui Malik dan meminta jumlah api tersebut. Api itu seterusnya dibasuh dahulu dengan 70 buah sungai di syurga. Setelah itu, ianya dibawa kepada Adam a.s. dan diletakkan di atas puncak gunung yang tinggi. Tiba-tiba cairlah gunung tersebut dan tinggallah hanya sedikit, maka api itulah yang digunakan sehingga sekarang.
 

Rakan Blog

Disclaimer

All informations provided in this website are for informational and entertainment purposes only. By using this website, you agree that you will not hold Komuniti Hijau Online! liable for any actions taken based on information provided. Use this information at your own risk.
All content are protected. Copying are limited by showing a link in your bibliography.
|

© Komuniti Hijau Online! 2010-2015 | Hakcipta Terpelihara.
Rekabentuk dan Pembangunan Laman Web Oleh [MidNight]|TEAM
Template Core Credits to: Ipietoon and bietemplates.com