
P/S: Sebab tu la bot kat gambar ni lalu ikut 'pintu masuk'..hehe

Jurang Biru ini adalah hasil runtuhan berterusan sistem gua batu kapur yang terbentuk akibat paras laut yang rendah pada zaman ais. Keunikan fenomena geografinya yang luar biasa menjadikan ia salah satu tempat menyelam skuba paling menakjubkan di dunia. Bagaimanapun, ianya bukan mudah untuk sampai ke tempat tersebut.

Sebuah helikopter sedang melintasi The Great Blue Hole

Pemandangan dari udara
Jurang ini dikelilingi oleh pelbagai spesis batu karang di mana batu karang ini akan kelihatan di permukaan apabila air surut. Para penyelam dapat melihat pembentukan stalaktit apabila menyelam di kedalaman hampir 44 meter. Pada kedalaman ini, jarak penglihatan adalah sangat terhad iaitu mencapai kira-kira 60 meter sahaja.

Terdapat pelbagai spesis batu karang boleh dijumpai di sini
P/S: Udang-udang kecil selalu cari makan kat sini.
P/S: Udang-udang kecil selalu cari makan kat sini.
The Great Blue Hole telah dilindungi oleh Belize Audubon Society dan menjadi monumen kebanggaan rakyat Belize. Ia juga telah menjadi salah satu tapak warisan dunia pada tahun 1997.

The Great Blue Hole terletak di timur negara Belize
Semakin dalam seorang penyelam ke dasar Blue Hole, semakin jelas jarak penglihatan dan pemandangan menjadi lebih menakjubkan. Di bahagian barat Blue Hole iaitu pada kedalaman 70 meter, terdapat pintu masuk melalui terowong sempit ke dalam sebuah gua besar. Dalam kegelapan yang pekat inilah stalaktit dan stalagmit terbentuk tanpa gangguan. Lantainya diliputi dengan lumpur yang sangat halus. Air tidak bergerak bebas di Jurang Biru ini, menyebabkan hanya sedikit hidupan laut yang tinggal di sini.
Gua yang terdapat di Great Blue Hole

P/S: Kat dalam gua ni gak ada terdapat banyak bangkai penyu yang masuk ke gua ni tapi tak jumpa jalan keluar...kesian!
0 Komen:
Kongsi Pendapat Anda