Dalam suatu perjalanan, Imam Ghazali dan kafilahnya telah ditahan oleh segerombolan perompak. Semua barang dan harta benda mereka dirampas. Imam Ghazali memohon dengan rendah hati kepada ketua perompak itu agar dikembalikan semula begnya yang berisi kitab-kitab. Kata Imam Ghazali, beliau menyayangi kitab-kitab tersebut.
Ketua perompak itu bertanya, "Apakah isi kitab-kitab ini?"
Imam Ghazali menjawab, "Ilmu."

Ketua perompak bertanya lagi, "Kalau kitab-kitab ini hilang, bererti hilanglah ilmu?"
Balas Imam Ghazali, "Ya, kalau kitab-kitab itu hilang, bererti hilanglah ilmu. Kerana itu aku amat menyayangi kitab-kitabku ini."
Ketua perompak memandang wajah Imam Ghazali, kemudian menyoalnya, "Apakah harganya ilmu yang hanya berada di dalam kitab?"
Kata-kata ketua perompak itu benar-benar membuatkan Imam Ghazali terkejut. Ia menyedarkan beliau tentang suatu perkara penting yang selama ini diabaikannya. Sejak itulah Imam Ghazali menghafal seluruh ilmu di dalam kitab-kitab miliknya.
0 Komen:
Kongsi Pendapat Anda