
Fenomena alam The Wave telah menjadi tarikan yang popular di daerah Coyote Buttes yang terletak di Paria Canyon-Vermillion Cliffs Wilderness di sempadan Utah-Arizona. The Wave adalah sebuah terowong atau laluan multi-warna yang berjalur seperti ombak yang telah dipotong menjadi sebuah gunung batu pasir. Kecantikan dan keindahannya membuatkan ia satu destinasi yang hebat bagi para pendaki gunung.

Corak berombak yang terdapat pada gunung pasir ini adalah sangat menarik. Ia terhasil daripada hakisan batu pasir yang membentuk pelbagai bentuk dan corak. Waktu yang sesuai untuk mendaki adalah dalam musim bunga dan musim luruh. Suhu pada musim panas adalah tinggi, yang kadangkala boleh mencecah 100 F. Waktu malamnya amat sejuk, tetapi waktu siang suhunya adalah sederhana. Pendakian yang selesa boleh dilakukan pada waktu siang dalam musim sejuk.

Batu-batu pasir di The Wave sangat lembut dan mudah rapuh. Oleh kerana itu, seseorang perlu berjalan dengan berhati-hati melaluinya supaya tidak mematahkan permukaan yang kecil. Waktu yang sesuai untuk mengambil gambar ialah sekitar waktu tengahari kerana waktu tersebut, matahari betul-betul berada di atas kepala dan tiada bayang yang akan terbentuk. Penggambaran juga boleh dibuat pada waktu awal pagi dan waktu petang kerana waktu-waktu ini suasana dan pemandangan The Wave lebih dramatik.

Pada waktu selepas hujan, beberapa kolam-kolam kecil akan terbentuk. Beratus-ratus berudu dan udang-udang kecil boleh hidup dalam kolam-kolam tersebut. Kolam-kolam ini boleh bertahan selama untuk beberapa hari sahaja.

Bukan mudah untuk menemui The Wave. Dalam usaha mengekalkan keindahan semulajadi kawasan itu, tiada laluan yang khas untuk ke sana. Para pendaki yang hendak ke sana perlu mengggunakan Global Positioning System (GPS) atau penanda semulajadi yang juga dikenali sebagai 'The Black Crack' di mana ia boleh dilihat dengan jelas di sekitar kawasan Coyote Buttes.

1 Komen:
wah!!cantik jew..
Kongsi Pendapat Anda